Wednesday 30 November 2011

Penubuhan Persatuan Kebajikan 17 RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 di Sungai Petani, Kedah.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..



Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 adalah sebuah persatuan yang akan bergerak secara berpasukan demi menjaga kebajikan/khidmat masyarakat sesama ahli  bersesuaian dengan moto persatuan ‘Perjuangan Bukan Berakhir Disini’. Dengan terpilihnya Ahlijawatankuasa sebagai permulaan mengorak langkah, Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 mengalu- alukan kepada warga bekas anggota ATM 17RAMD  khususnya di seluruh negara termasuk warga anggota ATM yang pernah menumpang di Pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (Para) adalah layak menjadi ahli kepada persatuan ini. Dengan terpilihnya Ahlijawatankuasa   ini, persatuan berazam akan menjadikan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (Para Malaysia)  PERKEV17 sebagai persatuan yang bergerak aktif selaras dengan perancangan-perancangan yang direncana oleh Ahlijawatankuasa yang ada.




Sekian, terima kasih.

VETERAN 17 RAMD


MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.


VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.


PENUTUP


Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan