Wednesday 30 May 2012

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KEDUA

Mesyuarat akan berlangsung pada 22 Jun 2012 bertempat Charol Fishing Resort, Marina Island, Teluk Muroh, LUMUT, Perak dan bermula pada 2000 hr (0800 Malam). Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17, diwajipkan hadir. 


Kepada ahli2 persatuan yang berhampiran khususnya dari negeri Perak, boleh bertemu (ukhwah) seandai berkesempatan selepas mesyuarat nanti pada 23 Jun 2012. Didalam pada itu buat ahli2 baru juga dijemput  mendaftar andai sebelum ini tidak bersempatan untuk mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan. Insallah saya sendiri akan memberi sedikit talimat tentang perjalanan persatuan buat ahli kepada yang hadir andai diperlukan. Sila hebahkan maklumat ini.


NOTA: Ahli tidak dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat pada 22 JUN 2012

Thursday 24 May 2012

SENARAI PENYUMBANG

Insallah sedikit masa lagi saya akan buatkan satu slot senarai penyumbang kepada persatuan ini sebagai tatapan ahli ahli persatuan. Selepas tertubuhnya Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta memperkenalkan perjalanan persatuan ini kepada yang berkenaan, saya ada juga menerima panggilan melalui talipon bahawa akan menerima sumbangan sumbangan dari NGO maupun daripada pihak ATM khususnya.


Terbaru, (semalam) bersamaan 24 Mei 2012, saya menerima panggilan dari Markas 3 Div untuk menyampaikan sumbangan dalam sedikit masa lagi. Moga dengan sumbangan tersebut dapat lah persatuan ini bergerak serta  membantu kepada ahli ahli yang memerlukan bantuan. Terima kasih juga dari saya sebagai Pegawai Perhubungan Awam Persatuan kepada yang sudi menyumbang kepada persatuan ini.


Kepada penyumbang penyumbang, tuan tuan boleh lah menghubungi saya terlebih dahulu atau mana mana Ahli Majlis Tertinggi Persatuan sebagai memperkenalkan diri agar proses sumbangan dapat dilaksanakan dengan betul. Sumbangan boleh disalurkan ke akuan persatuan dan nombor akaun persatuan ada di slot SENARAI AHLI.

Tuesday 22 May 2012

PENDAFTARAN PERSATUAN KE JABATAN HAL EHWAL ANGKATAN TENTERA (JHEAT)

Satu permohonan telah dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera (JHEAT) Kuala Lumpur baru baru ini sebagai memperkenalkan perjalanan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 buat ahli ahli yang bernaung dibawah persatuan.


Alhamdulillah Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera telah menerimanya dengan harapan persatuan ini dapat memberi khidmat masyarakat buat ahli ahli. Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera (JHEAT) juga menyarankan agar persatuan ini tidak melibatkan diri dalam berpolitik kerana amat sukar andai persatuan sebegini terlibat dengan politik politik tertentu. Ini juga akan membantutkan perjalanan persatuan kepada ahli malah akan lupa harsat sebenar mengapa persatuan ini diwujudkan.


Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera (JHEAT) juga menyarankan kepada ahli ahli persatuan agar terus berurusan dengan (JHEAT) daerah ahli masing masing bagi mendapatkan sebarang maklumat. Ini bermakna ahli persatuan ini tidak perlu lagi berurusan dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) seandai memerlukan perkhidmatan.

KEHILANGAN HAK KEISTIMEWAAN SESEORANG AHLI DARI MENIKMATI KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN

Seseorang ahli warga anggota hilang hak kelayakan untuk menuntut sebarang keistimewaan dari kerajaan khusus nya dari Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera (JHEAT) jika semasa perkhidmatan hingga ditamatkan atas sebab sebab tindakan tatatertib.


Diatas fakta ini, Persatuan Kebajikan Veteran 17 RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 hanya akan membantu ahli ahli mengikut apa yang telah diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa semasa bermesyuarat bagi meringankan beban ahli.

KHAIRAT KEMATIAN WARGA ANGGOTA ATM

Pembayaran khairat kematian kepada warga bekas anggota ATM oleh Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera (JHEAT) tidak hanya kepada anggota itu sendiri malah juga di beri kepada balu balu serta anak anak yang didalam tanggungan atau masih menuntut (pelajar) yang berumur bawah 23 tahun.


RM3,000.00 akan diterima oleh waris yang menuntut (balu) bagi yang kematian suami dibayar terus oleh JHEAT. RM1,500.00 akan diberi kepada waris yang menuntut atas kematian isteri isteri warga diserta tambahan dari pihak yayasan sebanyak RM1,500.00, jumlah nya juga sebanyak RM3,000.00 begitu lah juga kepada anak anak seperti panduan diatas.

Sunday 6 May 2012

INSURAN BERKELOMPOK

"MALANG TAK BERBAU' itu lah yang sering kita ungkapkan bila sesuatu yang berlaku tanpa diduga. Saya juga telah berbincang dengan KOPERASI TENTERA baru baru ini, dan insallah kita akan sediakan kemudahan ini buat ahli persatuan. Saya dimaklumkan bahawa setiap ahli yang layak adalah tidak melebihi umur 60 tahun kebawah.

Seriring dengan peruntukan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17, khidmat masyarakat persatuan kepada ahli itu tidak hanya terbatas kepada sumbangan persatuan kepada ahli malah meliputi ruang ruang yang ada dapat di manfaat buat ahli persatuan. KOPERASI TENTERA akan menyediakan maklumat maklumat perihal insuran ini termasukan hak kelayakan seseorang ahli.

Saturday 5 May 2012

PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

AMBIL PERHATIAN

Adalah dimaklumkan kepada semua ahli ahli Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 yang berkhidmat sebelum tahun 1990 adalah layak dikurniakan Pingat Jasa Malaysia (PJM). Tuan tuan boleh lah mendapatkan borang permohonan melalui JHEV yang berhampiran atau laman web JHEV untuk permohonan. Kelayakan seseorang ahli juga tidak hanya untuk kepada persara sahaja malah boleh di mohon oleh warga anggota yang tidak bersara dan tidak lupa juga pada balu balu warga bekas anggota.


Sila penuhi syarat yang ditetapkan oleh JHEV seperti yang tertera di borang permohonan dan sertakan segala maklumat yang dikehendaki. Permohonan hendak lah di hantar ke Setiausaha Persatuan untuk semakan, dan insallah Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 akan mengadakan satu program khas buat penerima pingat ini yang akan ditetapkan pada tarikh yang dipersetujui oleh JHEV. 


Borang permohonan boleh di muat turun di lama web JHEV dan pastikan salinan Buku Perkhidmatan (BAT D 92) disertakan semasa menghantar permohonan untuk pengesahan sebelum di majukan ke peringkat Ibupejabat JHEV.

KUTIPAN SEMPENA DERMA RAYUAN HARI PAHLAWAN

Asalamualaikum pada semua ahli ahli persatuan.


Adalah dipelawa kepada ahli ahli persatuan ini untuk melaksanakan program anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) mulai bulan Jun 2012. Oleh kerana Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malayisa) PERKEV17 telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, persatuan layak untuk turut sama menjayakan program disamping menikmati hasilnya dengan kadar yang akan di tetapkan oleh JHEV selepas berakhir program tersebut.


Dengan program sebegini lah tak secara langsung persatuan akan memperolehi tambahan tabung kewangan serta dapat melaksanakan program program anjuran persatuan selain dari menjaga kebajikan pada setiap ahli yang memerlukan pembelaan. Dari hasil perbincangan serta taklimat khas saya kepada pegawai di Ibupejabat JHEV (Kuala Lumpur) baru baru ini, saya juga telah membekalkan satu set biodata persatuan serta aktiviti aktiviti dan perancangan persatuan sepanjang tahun 2012 sebagai makluman JHEV.


Alhamdulillah dari maklumbalas pegawai tersebut kepada saya, JHEV akan menyokong sepenuh nya harsat Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 ini malah menyarankan agar sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti aktiviti JHEV dari masa kesemasa. Satu surat iringan juga akan dikeluarkan oleh JHEV (Unit Kebajikan) sebagai pengesahan bahawa Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 telah berdaftar dengan JHEV.


Akan ada suatu taklimat khas oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan pada awal Jun 2012 kepada ahli ahli yang berminat untuk menjalankan program ini selain surat kebenaran dari JHEV serta maklumat maklumat yang berkaitan dibekalkan. Tuan tuan boleh lah berhubung kepada saya (Pegawai Perhubungan Persatuan) untuk keterangan lanjut.

Friday 4 May 2012

KELAYAKAN SESEORANG BEKAS WARGA ATM MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

Kita sebagai warga bekas anggota ATM sering mengatakan bahawa selepas bersara kita tidak layak lagi berhubungan terus dengan Kementerian yang pernah kita berkhidmat dulu. Sebenar nya andai itu salah sedangkan selagi kita masih bergelar bekas warga anggota, kita layak mendapatkan perkhidmatan seperti di perkara tajuk.


Seseorang warga bekas anggota ATM layak memohon mendapatkan perkhidmatan pengangkutan ini andai berlaku kecemasan khususnya untuk mendapatkan rawatan umpamanya. Baru baru ini saya ada bertanya kepada pegawai tinggi ATM perihal kelayakan ini sebenarnya. Pegawai tinggi yang bergelar Dato' ini menjelaskan pada saya, memang layak malah beliau menyarankan berhubung lah terus kepada yang berkenaan berhampiran tuan tuan untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan seperti yang diperlukan.


Saya contohkan kelayakan ini, andai kita memerlukan rawatan susulan penyakit yang kita hadapi hingga keperingkat pakar, kita harus lah berhubung terlebih dulu dengan Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) yang berhampiran. Disana pihak RSAT akan membuat pemeriksaan terlebih dulu dari apa yang kita alami. RSAT juga boleh mencadangkan agar rawatan lanjut dibuat jika perlu. Nah! disini lah perkhidmatan pengangkutan yang kita pohon tadi tak secara langsung beroleh kelulusan.

Wednesday 2 May 2012

PERSATUAN KEHILANGAN SEORANG AHLI YANG DIKENALI

Seorang ahli persatuan ( 23840 Sjn Ismail bin Siran /no keahlian persatuan 101) yang baru mendaftar sebagai ahli baru baru ini di Pekan Nenas, Pontian, telah pulang ke warahmatullah akibat kemalangan jalanraya di lebuhraya Pasir Gudang, Johor Darul Takzim pada 26 Apr 2012. Alfatiha......


Terima kasih juga dari saya kepada AJK Johor (saudara Abu bin Ahmad) kerana telah memaklumkan perkara ini kepada saya dan ahli ahli persatuan yang lain akan berita sedih ini. Sempat juga saya menghubungi balu mengucapkan takziah sebagai mewakili AJK Persatuan dan ahli ahli.


Rasanya ramai dikalangan ahli persatuan mengenali allahyarham saudara Ismail bin Siran semasa dalam perkhidmatan dulu khas nya di unit Rintih Serang. Moga roh nya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin.....

BALU YANG DICARI TELAH DITEMUKAN

Alhamdulillah pada 25 Apr 2012 saya telah dapat bertemu Puan Normah balu kepada allahyarham saudara Sazali bin Rahmat yang telah meninggal dunia pada tahun 2005. Dari perjumpaan yang diatur seawal dua minggu sebelum pertemuan, dapat lah saya mengatur jejak kasih pada keluarga ini seperti mana maklumat yang di perolehi dari ahli persatuan (saudara  Ghani semboyan) dan dari sebelah keluarga lagi yang berada di Tawau Sabah. Untuk makluman, Puan Normah adalah waris sebenar allayarham saudara Sazali bin Rahmat kerana beliau memang telah termaktub dalam Perintah Bahagian II Pasukan selain dipercayai ada tiga (3) orang lagi balu allahyarham saudara Sazali bin Rahmat.


Sebelum pertemuan ini juga, AJK Persatuan (Abdullah Zawawi) telah pergi ke JRP (KEMENTAH) sebagai mendapat maklumat perihal allahyarham saudara Sazali bin Rahmat. Oleh kerana ketiadaan maklumat lengkap maka atas saranan JRP, beliau telah berhubung dengan saya, so saya bawa perkara itu ke pengetahuan Puan Normah. Syukur, dari maklumat yang diperlukan serta apa yang harus dilaksanakan telah di maklumkan pada beliau.


Banyak juga nasihat serta pandangan saya buat keluarga ini khasnya Puan Normah sendiri, agar bersabar dengan ketentuan nya dan sebagai ketua keluarga beliau harus tabah mengharungi cabaran malah sentiasa perhatin dengan maklumat maklumat yang sepetutnya beliau terima selepas bergelar balu kepada warga bekas anggota ATM.


Pada Mesyuarat AJK nanti di Lumut, saya juga akan mencadangkan agar balu balu dari warga bekas anggota  Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) secara automatik akan menjadi ahli kepada Persatuan Kebajikan 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 tanpa perlu membuat sebarang pembayaran yuran keahlian.

VETERAN 17 RAMD


MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.


VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.


PENUTUP


Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan