Saturday 1 September 2012

SALINAN BUKU PERKHIDMATAN UNTUK PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)

Satu kaunter akan di buka bagi lengkap isi borang permohonan dari Jabatan Hal Ehwal Veteran yang di bekalkan buat bekas pesara maupun yang tidak bersara. Borang borang boleh lah di lengkap isi agar dapat di proses dengan kadar segera dan jika segala proses dapat di laksanakan dengan baik, insallah penyampaian penganugerahan akan di buat pada Mesyuarat Agong Tahunan kelak.


Ahli ahli di kehendaki menyediakan satu salinan lengkap buku perkhidmatan sebagai syarat kelayakan untuk menerima penganugerahan ini. Kelayakan juga hanya di peruntukan kepada bekas anggota yang mula berkhidmat pada tahun 1989 ke bawah.

PERJUMPAAN SEMPENA MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN

Adalah dipelawa kepada ahli ahli Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 khususnya ahli ahli dari negeri Johor Darul Takzim untuk sama sama meraikan perjumpaan antara ahli ahli sempena Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Ke Empat bertempat di Johor Baharu pada 23 Sept 2012 (Ahad).

Persatuan juga menjemput ahli ahli dari Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan bagi memeriahkan lagi aktiviti ini sesuai dengan moto persatuan ' PERJUANGAN BUKAN BERAKHIR DISINI'. Ini bermakna setelah menamatkan perkhidmatan, kita juga tetap masih bersama.

Kepada ahli ahli persatuan dari Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, ahli ahli hendak lah memaklumkan pengesahan kehadiran kepada Pegawai Perhubungan Awam Persatuan atau En. Mohd Rodi bin Derani (AJK) di talian: 019-2711531 

Aktiviti aktiviti akan bermula seawal 1400 petang pada 22 Sept 2012 dan berakhir 2359 malam termasuk jamuan makan malam bersama ahli ahli pada jam 2100 malam.

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KE EMPAT 2012 JOHOR BAHARU

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa akan berlangsung di Johor Baharu Darul Takzim pada 23 Sept 2012 (Ahad) bermula jam 0900 pagi hingga jam 1300 tengahari. Kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan adalah di wajipkan hadir bagi memutuskan segala perancangan persatuan sebelum Mesyuarat Agong Tahunan yang di jangka akan dilaksanakan pada awal tahun depan (2013).

Kepada Ahli Jawatankuasa yang tidak dapat menghadirkan diri hendak lah memaklumkan kepada Pengerusi dan Setiausaha Persatuan sebelum tarikh yang tertera diatas dengan kadar segera bagi mengelakkan kekurang korum.

VETERAN 17 RAMD


MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.


VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.


PENUTUP


Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan