Monday 2 April 2012

Ahli persatuan negeri Johor bertemu semula di Pekan Nenas, Pontian

Alhamdulillah tanggal 01 April 2012 yang dinanti oleh warga bekas anggota dari pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (Para) cawangan negeri Johor Darul Takzim telah dapat dilaksanakan dalam suasana yang amat meriah sempena pernikahan anak kepada saudara Sarman bin Haji Kadir. Pertemuan ini juga adalah hasil usaha beliau selama ini yang tidak pernah merasakan bahawa dikala berkhidmat dahulu berakhir begitu saja.


Dari aturcara yang disediakan seawal jam 1100 pagi dan berakhir pada jam 1700 petang, tidak putus putus kenalan sahabat handai  beliau serta dari warga bekas anggota 17RAMD (Para) sendiri telah menziarah sambil bertanya khabar mengucapkan tahniah atas jemputan tersebut. Beliau sendiri telah menyediakan sebuah kios khas buat warga bekas anggota 17RAMD (Para) agar tidak menganggu acara lain dari pertemuan yang diatur. Disini lah keriuhan berkumandang setiap kali ada tetamu baru dari warga bekas anggota hinggakan tidak berkesempatan bertanya khabar dengan lebih lama.


Dalam pertemuan ini, seorang bekas Pegawai Memerintah dari pasukan (Lt Kol (B) Mislan bin Saiman) turut hadir bagi memeriah pertemuan bersama bekas anggota bawahan nya dan beliau juga amat mengenali saudara Sarman bin Haji Kadir selama ini. Lantaran yang paling  mencuri tumpuan adalah kehadiran seorang ahli dari Persatuan Kebajikan 17RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 1045589 saudara Zaliee bin Zainal (No Ahli 111) kerana kehadiran nya pada kali ini adalah sebagai seorang yang kurang upaya (OKU). Sungguhpun beliau tidak dapat melihat tapi dari pendengaran beliau amat lah dikagumi kerana apabila seseorang sahabatnya bertanya khabar, beliau jelas dapat meneka siapa gerangan yang sedang berbicara dengan nya.


Disini saya mengambil kesempatan mewakili Persatuan Kebajikan 17RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Sarman kerana sudi mengadakan program sebegini walaupun dalam masa yang sama beliau mengadakan majlis pernikan anak beliau. Tahniah dari kami Ahli Jawatankuasa Pusat hingga kita bertemu semula dilain masa insallah.

VETERAN 17 RAMD


MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.


VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.


PENUTUP


Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan