SEJARAH

Di ruangan ini saya akan muatkan perihal sejarah pasukan dan persatuan buat tatapan ahli.

.......................................................................................................................................

SEJARAH PENUBUHAN 17 RAMD

Batalion ke Tujuh Belas Rejimen Askar Melayu DiRaja  telah ditubuhkan di bawah Operasi PEMBENA di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Kuala Lumpur pada 1 Ogos 1970. Pada awal penubuhan , pasukan ini ditadbir oleh seorang pegawai iaitu Kapten H.T Sharif bin Abdul Gaffur, bersama-sama  10 anggota Lain-lain Pangkat (LLP).

Tiga bulan selepas penubuhannya iaitu pada 09 Nov 1970, dengan kekuatan seramai 3 Pegawai dan 57 anggota LLP, pasukan ini telah dipindahkan ke Kem Majidee, Johor Bahru dan kem tersebut menjadi pengkalan pertama 17RAMD menerima Pegawai Memerintah pertamanya iaitu Leftenan Kolonel Adam bin Abu Bakar pada 23 Nov 1970. Pasukan mencapai taraf operasi pada 1 Dis 1970 dan diletakkan di bawah pemerintahan Markas Ketujuh Briged Infanteri pada bulan Nov 1982. Pasukan telah dipindahkan ke Malaysia Timur berpengkalan di Kem Kukusan Tawau, Sabah. Setelah empat tahun menabur bakti di negeri Sabah, pasukan ini dipindahkan kembali ke Semenanjung Malaysia dan ditempatkan di Kem Terendak, Melaka di bawah naungan Markas Pertama Briged Infanteri. Pasukan ini kekal di Kem Terendak dan ditukarkan di bawah peemerintahan Markas Kesepuluh Briged Infanteri Para.



Batalion ini telah dianugerahkan Panji-Panji Rejimen pada 13 Ogos 1992 oleh KDYMM Sultan Kedah. Upacara ini disempurnakan dengan penuh istiadat dan kegemilangan. Pegawai Panji-Panji Rejimen yang telah di beri penghormatan ialah Lt Syed Nasir Al Sagof dan bagi menghargai pengurniaan ddan tradisi pasukan. Panji-Panji akan diarak keluar pada setiap Hari Ulang Tahun (HUT) pasukan bagi tujuan dipertontonkan kepada semua warga pasukan sempena Hari Penganugerahan Panji Panji.

Pada 1 Jan 1992, pasukan ini telah menempa sejarah apabila dipilih untuk diubahsuaikan menjadi Batalion Infanteri Para dan ia telah dirasmikan oleh Panglima Kesebelas Divisen Strategik iaitu Mej Jen Dato’ Abd Ghani bin Abdullah. Serentak dengan itu pasukan ini dikenali Batalion ke 17RAMD Para dan berada di bawah naungan Markas Kesepuluh Briged Para. Pasukan ini juga telah diiktiraf ke tahap operasi sepenuhnya pada 01 Jan 1994.
.........................................................................................................................................
KERATAN AKHBAR

Ini juga adalah sebahagian lipatan sejarah yang mana Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja telah tepilih mewakili negara ke Bangsa Bangsa Bersatu 1989 selepas Kongo pada tahun 1960an berkhidmat disana.

.........................................................................................................................................

ASAL TARIAN  PARA (WAR DANCE)

Tarian para asalnya dicipta oleh anggota 17RAMD yang ketika itu berpeluang mengikuti pertandingan PARA di AFRIKA SELATAN. Bila balik ke Malaysia Pasukan 17RAMD merekacipta tarian ini berasaskan pergerakan pergerakan PARA PARADE dan KAWAD KAWAD DI DALAM PESAWAT.

Tarian ini dipersembahkan apabila ada lawatan VVIP ke Pasukan 17RAMD sahaja pada mulanya. Apabila Panglima Markas Briged Kesepuluh ketika itu Briged Jen. Mazlan Kasap (sekarang Mej Jen) melihat tarian ini, beliau mengusulkan agar tarian dijadikan TARIAN PERANG RASMI Markas Briged Kesepuluh Para dan semasa pemerintahan beliau juga lah TARIAN PERANG PARA ini dipertontonkan pertama kalinya di khalayak sempena ulang tahun kemerdekaan ke 50 di PUTRAJAYA.

Ramai yang mengatakan tarian perang ini meniru gaya tarian hakka tapi sebenarnya ianya lebih kepada KAWAD PENERJUNAN sahaja. Dalam tarian ini juga ada pergerakan membuka dan memasukkan semula BENET dan ianya hanya untuk mengindahkan lagi pergerakan tarian ini akan tetapi didalam pergerakan ini sebenarnya ada cerita disebalik nya.
............................................................................................................................................





VETERAN 17 RAMD


MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.


VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.


PENUTUP


Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan