Wednesday 2 May 2012

BALU YANG DICARI TELAH DITEMUKAN

Alhamdulillah pada 25 Apr 2012 saya telah dapat bertemu Puan Normah balu kepada allahyarham saudara Sazali bin Rahmat yang telah meninggal dunia pada tahun 2005. Dari perjumpaan yang diatur seawal dua minggu sebelum pertemuan, dapat lah saya mengatur jejak kasih pada keluarga ini seperti mana maklumat yang di perolehi dari ahli persatuan (saudara  Ghani semboyan) dan dari sebelah keluarga lagi yang berada di Tawau Sabah. Untuk makluman, Puan Normah adalah waris sebenar allayarham saudara Sazali bin Rahmat kerana beliau memang telah termaktub dalam Perintah Bahagian II Pasukan selain dipercayai ada tiga (3) orang lagi balu allahyarham saudara Sazali bin Rahmat.


Sebelum pertemuan ini juga, AJK Persatuan (Abdullah Zawawi) telah pergi ke JRP (KEMENTAH) sebagai mendapat maklumat perihal allahyarham saudara Sazali bin Rahmat. Oleh kerana ketiadaan maklumat lengkap maka atas saranan JRP, beliau telah berhubung dengan saya, so saya bawa perkara itu ke pengetahuan Puan Normah. Syukur, dari maklumat yang diperlukan serta apa yang harus dilaksanakan telah di maklumkan pada beliau.


Banyak juga nasihat serta pandangan saya buat keluarga ini khasnya Puan Normah sendiri, agar bersabar dengan ketentuan nya dan sebagai ketua keluarga beliau harus tabah mengharungi cabaran malah sentiasa perhatin dengan maklumat maklumat yang sepetutnya beliau terima selepas bergelar balu kepada warga bekas anggota ATM.


Pada Mesyuarat AJK nanti di Lumut, saya juga akan mencadangkan agar balu balu dari warga bekas anggota  Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) secara automatik akan menjadi ahli kepada Persatuan Kebajikan 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 tanpa perlu membuat sebarang pembayaran yuran keahlian.

VETERAN 17 RAMD


MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.


VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.


PENUTUP


Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan