AKTIVITI

Sebarang maklumat yang hendak di masukkan ke blog ini hendak lah di emailkan kepada: veteran17ramd@gmail.com
..........................................................................................................................................
LAWATAN

Program serta aktiviti yang diadakan sempena pernikahan anak kepada saudara Sarman bin Haji Kadir di Pekan Nenas, Pontian, Johor Darul Takzim pada 01 April 2012

...........................................................................................................................................
Keratan akhbar yang dikeluarkan oleh Sinar Harian



...................................................................................................................................
LAWATAN

Program serta aktiviti di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 23 Mac 2012







.........................................................................................................................................
KURSUS

Kursus Pengurusan Pertubuhan & Majlis Penyampaian Sijil Bil 1/2012
bertempat di Merdeka Beach Resort
Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda 
Kedah Darul Aman pada 03 Mac 2012







..........................................................................................................................................
KEM TERENDAK PADA 27 JAN 2012

Alhamdulillah dan syukur kehadratNya setelah menerima gambar gambar dari saudara Romaly (Bendahari) sempena aktiviti persatuan pada 27 Jan 2012 bertempat di Pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) Kem Terendak Melaka. Sedikit ulasan dari saya untuk tatapan ahli ahli persatuan ini amnya dan Pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) khasnya

Sempat bertanya khabar dengan skot yang terpisah lama setelah menamatkan perkhidmatan


          Tuan Pengerusi Persatuan sempat melihat sekeliling dan berkenalan dengan anggota.


Ketibaan Pegawai Memerintah Batalion Ke17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (PARA) disambut oleh barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Persatuan di ketuai oleh Tuan Pengerusi Persatuan Veteran 17RAMD (PARA Malaysia) serta ahli ahli persatuan yang berdekatan dari negeri Johor, Melaka dan Kuala Lumpur.







Tuan Pengerusi Persatuan sempat menandatangani buku pelawat sebelum masuk ke Dewan Perhimpunan.


Ahli Jawatankuasa serta ahli ahli masuk dan mengambil tempat di Dewan Perhimpunan.






Ucapan Pengerusi Persatuan Veteran 17RAMD (PARA Malaysia) sebagai pembuka kata kata aluan kepada hadirin yang hadir.


Ucapan Pegawai Memerintah Batalion Ke17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (PARA) yang juga sebagai Penaung kepada Persatuan Veteran Ke17RAMD (PARA Malaysia).



Selepas perbincangan dua hala diantara Pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (PARA) dan Ahli Ahli Jawatankuasa Persatuan Veteran 17RAMD (PARA Malaysia), acara penyampaian cendera hati dari kedua dua belah pihak sebagai tanda kenangan dan pertemuan bersejarah.



Selepas acara perbincangan dua hala diadakan dengan jaya nya, Ahli Jawatankuasa Persatuan dan ahli ahli persatuan yang hadir diraikan pula disuatu majlis minum petang bersama warga anggota Pasukan Ke17 Rejiman Askar Melayu DiRaja (PARA) serta sedikit tazkirah yang disampaikan oleh PWI (B) Redhuan bin Hussein (EN LURUS) yang pernah dikenali suatu ketika dulu oleh ahli ahli persatuan ini.




Sebelum Majlis bersurai pada jam tepat 1900H 27 Jan 2012, acara bergambar ramai dikalangan ahli ahli dan warga anggota Batalion Ke17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (PARA) diketuai oleh Pegawai Memerintah dan pegawai pegawai kanan serta PTT Kanan pasukan.




VETERAN 17 RAMD


MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.


VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.


PENUTUP


Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan