MAKLUMAT

Ruangan ini hanya dikhas untuk maklumat maklumat terkini sahaja
.............................................................................................................................................
PENCARIAN YANG BELUM BERAKHIR

INI ADALAH ALLAHYARHAM SAUDARA SAZALI BIN RAHMAT.
DIMAKLUMKAN BAHAWA ALLAHYARHAM TELAH BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 4 ORANG ISTERI DAN DUA DARIPADA NYA ADALAH DISABAH. SEORANG DITAWAU DAN SEORANG LAGI DIPERCAYAI DARI LAHAD DATU. YANG KETIGA ADALAH DI DIPERCAYAI DARI MELAKA. GAMBAR YANG PALING BAWAH ADALAH ANAK SULONG BELIAU DARI HASIL PERKAHWINAN DITAWAU. OLEH KERANA KEHILANGAN DARI KETENTUAN NYA, ANAK SULONG BELIAU (SUHANISYAM) MEMOHON AGAR DAPAT DI PERTEMUKAN ADIK ADIK BELIAU YANG LAIN SUNGGUHPUN BERLAIN IBU TAPI SATU BAPA. KEPADA AHLI AHLI YANG MENGETAHUI PERMASALAH INI, BOLEH LAH KITA SESAMA MEMBANTU AGAR ANAK SULONG KEPADA ALLAHYARHAM DAPAT DITEMUKAN INSALLAH. 


..................................................................................................................................

PENCERAMAH

Adalah dipelawa kepada ahli ahli persatuan yang berkemahiran untuk berceramah maupun mampu memberi khidmat nasihat motivasi boleh lah berhubung terus dengan Penolong Setiausaha Persatuan untuk keterangan lanjut. Pelawaan ini terbuka kepada semua ahli yang berkelayakkan khususunya dari negeri Melaka/Johor/N9 dan Kuala Lumpur.
...................................................................................................................................


................................................................................................................................
BORANG IMBUHAN




Kepada ahli ahli persatuan atau yang membaca laman ini, tuan tuan boleh lah mendapatkan borang2 yang di maksudkan dimana mana Persatuan daerah (PBTM) untuk diisi. Ini juga agak penting agar tidak terlepas pandang dan sila hebahkan....


Syarat yang diperlukan hanya lah salinan buku merah turut disertakan semasa membuat permohonan begitu juga buat balu balu yang telah kematian suami, sertakan sekali sijil kematian.
..................................................................................................................................
KERATAN AKHBAR: IMBUHAN KHAS

KUALA LUMPUR 10 Mac – Kira-kira 62,000 sehingga 80,000 bekas pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen dijangka menerima imbuhan khas dalam masa terdekat bagi menjamin kebajikan mereka.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian imbuhan khas tersebut adalah lanjutan daripada keluhan golongan tersebut yang menghubunginya bagi mengutarakan pelbagai masalah dihadapi.
Katanya, ia termasuk para veteran ATM berkhidmat di bawah pentadbiran British di Tanah Melayu dahulu.
‘‘Perkara ini sedang dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, malah saya akan jumpa beliau hari ini.
......................................................................................................................................
POLITIK


Amaran keras kepada ahli persatuan ini untuk tidak membincangkan hal politik tanah air terutama nya di slot ruang sembang. Kita wujudkan blog ini bagi menyampaikan maklumat kepada ahli ahli dalam berpersatuan malah persatuan ini juga hanya akan memberi fokus kepada kebajikan ahli ahli sahaja maupun kepada warga anggota kita yang masih berkhidmat khasnya Rejimen Ke17RAMD (PARA) seandainya bekas pasukan kita memerlukan perkhidmatan dalam membantu bagaimana untuk mempertabatkan lagi warga kita dimasa akan datang.
.......................................................................................................................................
AJK WAKIL NEGERI


Adalah dipelawa kepada ahli ahli persatuan yang berminat untuk menjadi wakil kepada negeri negeri yang masih ada kekosongan boleh lah berhubungan terus dengan saya (Sazali bin Mansor) ditalian 019-9646290 untuk keterangan.


Perlantikan akan dibuat melalui persuratan selepas AJK Pusat bermesyuarat di Pulau Pinang pada Mac 2012. Skop dan tugasan dan tanggungjawap kerja boleh lah dilihat di slot AJK selain ada perkara perkara baru akan dimaklumkan kemudian melalui perhubungan maupun persuratan.

.......................................................................................................................................
LAPURAN MINIT MESYUARAT


Ambil perhatian:


Setiap lapuran minit mesyuarat persatuan selepas ini akan disalurkan terus ke email ahli ahli persatuan. Tuan tuan boleh melihat email dari masa kesemasa segala maklumat yang telah diluluskan oleh ahli majlis. Bagi yang tidak mempunyai email, tuan tuan boleh lah meminta pertolongan anak anak kita untuk diwujudkan email persendirian tuan tuan.


Saya akan cuba buatkan dengan satu klik, dengan sistem yang ada maka tuan tuan beroleh email sama juga yang diterima oleh ahli ahli yang lain begitu juga lah andai diadakan sebarang mesyuarat agung persatuan, tuan tuan akan beroleh segala maklumat perihal perjalanan persatuan maupun perihal pembentangan kewangan persatuan.


....................................................................................................................................
KUTIPAN DERMA SEMPENA HARI PAHLAWAN


Alhamdulillah setelah saya berjumpa dengan pegawai JHEV (ibupejabat KL),  insallah mulai tahun ini persatuan berpeluang menjalankan aktiviti ini dan akan mendapat sedikit sumbangan dari hasil kutipan yang diperolehi nanti buat tabung persatuan.


Sebelum kutipan derma ini di buat, persatuan harus lah memohon terlebih dulu kepada JHEV akan harsat persatuan ini tambah pula persatuan layak memohon atas dasar yang mana persatuan telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).  Moga ahli ahli persatuan ini boleh bergerak demi membantu dan menguatkan lagi kedudukan kewangan persatuan ini buat kebajikan ahli di kemudian hari.


Pun begitu, persatuan juga mempelawa kepada ahli ahli atau pembaca lama ini boleh menyumbang sebagai menguatkan lagi kedudukan tabung kewangan persatuan bagi menjalankan aktiviti aktiviti persatuan. Tuan tuan boleh lah berhubung terus kepada salah seorang dari AJK Pusat untuk sebarang maklumat sumbangan yang hendak disalurkan.
....................................................................................................................................
BAJU KORPORAT PERSATUAN

Kepada ahli ahli yang berminat untuk memiliki uniform persatuan, tuan tuan boleh lah berhubung terus kepada saudara Rodi Derani (Biro Logistik) untuk mendapatkan nya. Setiap size yang di tawarkan adalah M/L/XL/XXL dengan sedikit upah penghantaran serta kos tempahan. Tempahan boleh dibuat pada bila bila masa dan segala kos tempahan hendaklah disalurkan kepada Bendahari Persatuan terlebih dahulu.


.......................................................................................................................................

KAD KEAHLIAN PERSATUAN


Kepada ahli ahli persatuan yang telah berdaftar serta membayar yuran tahunan hendaklah menghantar gambar berukuran passport  sebanyak 2 keping untuk kegunaan membuat kad ahli. Tuan tuan boleh lah menghantarnya kepada Setiausaha Persatuan di alamat: No 16, Lorong Jati 39B, Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, 08100 Bedong, Kedah Darul Aman (untuk perhatian PWII (B) Othman bin Md Isa)

Dibelakang gambar gambar tersebut hendaklah ditulis nama penuh tuan tuan atau tuan tuan boleh menulis diatas kertas yang lain bersama gambar gambar tersebut. Persatuan akan mengirimkan kad ahli persatuan tuan tuan melalui pos apabila telah siap di print.

.............................................................................................................................................
YURAN

Bagi yang belum membuat sebarang bayaran yuran dan yuran keahlian, tuan tuan digalakkan membuat pembayaran melalui kiraman wang pos atau melalui online seperti akaun persatuan yang tertera di ruangan senarai keahlian.  Sila simpan resit pembayaran seandainya pembayaran dibuat melalui online. Pengesahan pembayaran juga haruslah di buat dan di maklumkan kepada Bendahari Persatuan (saudara Romaly).

............................................................................................................................................



VETERAN 17 RAMD


MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.


VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.


PENUTUP


Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan