Tuesday 22 May 2012

PENDAFTARAN PERSATUAN KE JABATAN HAL EHWAL ANGKATAN TENTERA (JHEAT)

Satu permohonan telah dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera (JHEAT) Kuala Lumpur baru baru ini sebagai memperkenalkan perjalanan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 buat ahli ahli yang bernaung dibawah persatuan.


Alhamdulillah Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera telah menerimanya dengan harapan persatuan ini dapat memberi khidmat masyarakat buat ahli ahli. Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera (JHEAT) juga menyarankan agar persatuan ini tidak melibatkan diri dalam berpolitik kerana amat sukar andai persatuan sebegini terlibat dengan politik politik tertentu. Ini juga akan membantutkan perjalanan persatuan kepada ahli malah akan lupa harsat sebenar mengapa persatuan ini diwujudkan.


Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera (JHEAT) juga menyarankan kepada ahli ahli persatuan agar terus berurusan dengan (JHEAT) daerah ahli masing masing bagi mendapatkan sebarang maklumat. Ini bermakna ahli persatuan ini tidak perlu lagi berurusan dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) seandai memerlukan perkhidmatan.

VETERAN 17 RAMD


MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.


VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.


PENUTUP


Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan