Saturday 31 March 2012

ISTERI BEKAS TENTERA MENDAPAT PERHATIAN PERSATUAN

Seberang Prai, Pulau Pinang


Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (PERKEV17) berkesempatan melawat salah seorang isteri bekas anggota tentera, Che Nolia bte Osman 53 tahun isteri kepada Ahmad bin Osman 62 tahun lumpuh akibat serangan angin ahmar. Dengan keperhatinan yang dilapurkan oleh ahli persatuan ini kepada beliau, beliau telah menghubungi barisan AJK Persatuan. Sekumpulan AJK berserta ahli ahli persatuan yang di ketuai Timbalan Pengerusi Persatuan En Khalid  bin Othman telah berkenan menyampaikan kerusi roda sebagai sumbangan persatuan kepada ahli buat keperluan isteri beliau.


Sejajar dengan harsat persatuan ini agar setiap dari ahli ahli persatuan harus lah dibantu dengan pelbagai cara agar dapat meringan beban yang ditanggung serta dapat dikongsikan bersama oleh ahli ahli yang lain. Begini lah perjuangan yang diikrarkan oleh ahli ahli maupun AJK Persatuan sendiri khasnya setelah ianya diwujudkan.

Wednesday 28 March 2012

Mesyuarat AJK di Balik Pulau, Pulau Pinang


Lawatan sempena mesyuarat Ahli Jawatankuasa di Balik Pulau, Pulau Pinang.


Ahli Jawatankuasa Pusat dan ahli ahli persatuan yang berada disekitar Pulau Pinang dan Kedah telah bersempatan membuat lawatan serta menyampaikan sumbangan persatuan ke 2 buah rumah ahli di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 24 Mac 2012. 

Didalam acara tersebut ahli ahli persatuan juga sembat mengadakan majlis tahlil dan bacaan doa selamat buat keluarga allahyarham Hazali bin Md Zain (Zali Badak) diketuai oleh saudara Ibrahim bin Rejab. Tidak ketinggalan persatuan juga menjemput wakil wartawan dari akhbar Sinar Harian untuk membuat liputan serta temuramah kepada Pengerusi Persatuan maupun kepada 2 buah keluarga yang lawati. 

Kursus Pengurusan Pertubuhan di Merdeka Beach Resort, Kedah



KURSUS PENGURUSAN PERTUBUHAN

Seramai tiga orang Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Kebajikan 17RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 menghadirkan diri berkursus di Pantai Merdeka, Kedah selama satu (1) hari pada 03 Mac 2012 anjuran Pendaftar Pertubuhan agar persatuan dapat bergerak mengikut kehendak persatuan dan perlembagaan yang telah ditetapkan.

Selaras dengan kehendak Pendaftar Persatuan, adalah baik untuk persatuan ini mengikuti kursus kursus seperti sebegini demi kebaikan ahli ahli tanpa perlu menoleh kebelakang. Banyak perkara yang harus dilaksanakan demi menjaga kebajikan pada setiap ahli yang telah berdaftar dengan persatuan.

Kunjungan 2 hala antara Persatuan dan Rejimen ke- 17(Kem Terendak, Melaka)



Lawatan serta perbincangan dua hala antara Persatuan dan Pasukan Ke17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (Para) pada 27 Jan 2012 bermula  bertempat di Pasukan Ke17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (Para) Kem Terendak Melaka.

Alhamdulillah syukur kehadrat Nya dengan perancangan demi perancangan yang diatur sekian lama, maka terlaksana lah impian Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 untuk menubuhkan persatuan ini secara sah berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan. Dengan semangat yang kental tanpa menoleh kebelakang, Ahli Jawatankuasa yang terpilih untuk sesi 2012-2015 (3 tahun) serta janji setia dikalangan AJK dan ahli ahli yang hadir pada pertemuan pertama kali nya, akan menambahkan lagi semangat untuk terus bergerak memacu persatuan demi kepentingan ahli maupun kepada Pasukan Ke17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (Para) sendiri sebagai Penaung kepada persatuan ini.

Dari kehadiran yang tak disangka sangka yang melibatkan AJK pada pertemuan ini dengan Pasukan Ke17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (Para) yang diketuai oleh Pegawai Memerintah (Lt Kol Ros Hasni bin Ab Ghani) sendiri menambahkan acara majlis berjalan didalam suasana yang amat meriah hingga masa begitu mencemburui sungguhpun pun acara majlis berakhir pada jam 2045H setelah AJK Pusat dikehendaki menghadirikan diri bertemu dengan Panglima  Markas Ke10 Briged Para (Briged Jen Tengku Ahmad Noor bin Tuan Chik).

Rasa bangga tidak terkata dikalangan AJK serta ahli ahli bila diterima dan disambut warga anggota Pasukan Ke17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) yang diketuai oleh Pegawai Memerintah  (Lt Kol Ros Hasni bin Ab Ghani) serta pegawai pasukan dan PTT Kanan, acara majlis seolah olah merayakan kehadiran keluarga yang telah lama menghilang pulang kepangkuan keluarga apatah lagi dengan kehadiran seseorang yang tidak diduga atas kehadiran nya iaitu PW1 (B) Redhuan bin Hussein (EN LURUS). Disini bermula episod pertemuan yang beremosi hingga tidak mampu menahan keluarnya air mata sesama sendiri dikalangan ahli ahli persatuan ini sebelum acara majlis bermula.

Dengan kehadiran ahli ahli termasuk AJK Pusat seramai 40 orang, pendaftaran ahli ahli baru juga dapat dilaksanakan sepenuhnya walaupun masih sempat beramah mesra (bergurau senda dik melepaskan kerinduan semasa berkhidmat dulu). Dapat dilihat betapa akrab nya pertemuan ini sebagaimana adik dan abang dan hanya memisahkan kekanan nya seseorang semasa berkhidmat dulu, itu juga tidak pernah berubah bila sudah menjadi orang awam (bersara). Displin ini tidak banyak berubah kerana sememang nya bekas warga anggota dilatih sedemikian rupa.

Persatuan ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kunjungan hormat  khasnya kepada Pegawai Memerintah serta pegawai pegawai dan tak lupa kepada PTT Kanan Pasukan kerana telah bersusah payah hingga berjaya menjadikan majlis ini suatu sejarah buat ahli ahli persatuan maupun pasukan sendiri yang memiliki warga anggota bukan setakat yang masih berkhidmat tapi juga memiliki warga bekas anggota nya sendiri.

VETERAN 17 RAMD


MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.


VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.


PENUTUP


Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan