Saturday 9 June 2012

MAKLUMAN

Program penyampaian sumbangan kepada Persatuan ini oleh Ketua Menteri Melaka di Wisma Perwira Kem Terendak, Malaka yang sepatutnya berlangsung pada 08 Jun 2012 telah di tunda pada suatu tarikh baru yang akan ditetapkan, harap maklum.

Monday 4 June 2012

SUMBANGAN

Pada 08 Jun 2012 Persatuan Kebajikan 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 akan menghantar tiga (3) orang Ahli JawatanKuasa Persatuan bagi mewakili persatuan untuk menghadiri serta menerima sumbangan daripada Markas 3 Div Kem Terendak Melaka kepada persatuan.


Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan dari tenaga kerja yang digerakan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 dan juga ahli persatuan (saudara Nazar bin Husin) selama ini berbaloi demi menjaga kebajikan warga ahli2 persatuan dalam soal kebajikan nya kepada ahli. Dengan kehadiran Ahli Jawatankuasa Persatuan ini ke program tersebut, dapat lah memperkenalkan perjalanan persatuan ini pada khalayak. Gambar saya akan upload setelah menerima laporan Ahli Jawatankuasa yang hadir insallah.

VETERAN 17 RAMD


MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.


VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.


PENUTUP


Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan