Wednesday, 2 May 2012
PERSATUAN KEHILANGAN SEORANG AHLI YANG DIKENALI
Terima kasih juga dari saya kepada AJK Johor (saudara Abu bin Ahmad) kerana telah memaklumkan perkara ini kepada saya dan ahli ahli persatuan yang lain akan berita sedih ini. Sempat juga saya menghubungi balu mengucapkan takziah sebagai mewakili AJK Persatuan dan ahli ahli.
Rasanya ramai dikalangan ahli persatuan mengenali allahyarham saudara Ismail bin Siran semasa dalam perkhidmatan dulu khas nya di unit Rintih Serang. Moga roh nya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin.....
BALU YANG DICARI TELAH DITEMUKAN
Sebelum pertemuan ini juga, AJK Persatuan (Abdullah Zawawi) telah pergi ke JRP (KEMENTAH) sebagai mendapat maklumat perihal allahyarham saudara Sazali bin Rahmat. Oleh kerana ketiadaan maklumat lengkap maka atas saranan JRP, beliau telah berhubung dengan saya, so saya bawa perkara itu ke pengetahuan Puan Normah. Syukur, dari maklumat yang diperlukan serta apa yang harus dilaksanakan telah di maklumkan pada beliau.
Banyak juga nasihat serta pandangan saya buat keluarga ini khasnya Puan Normah sendiri, agar bersabar dengan ketentuan nya dan sebagai ketua keluarga beliau harus tabah mengharungi cabaran malah sentiasa perhatin dengan maklumat maklumat yang sepetutnya beliau terima selepas bergelar balu kepada warga bekas anggota ATM.
Pada Mesyuarat AJK nanti di Lumut, saya juga akan mencadangkan agar balu balu dari warga bekas anggota Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) secara automatik akan menjadi ahli kepada Persatuan Kebajikan 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 tanpa perlu membuat sebarang pembayaran yuran keahlian.
Monday, 2 April 2012
Ahli persatuan negeri Johor bertemu semula di Pekan Nenas, Pontian
Dari aturcara yang disediakan seawal jam 1100 pagi dan berakhir pada jam 1700 petang, tidak putus putus kenalan sahabat handai beliau serta dari warga bekas anggota 17RAMD (Para) sendiri telah menziarah sambil bertanya khabar mengucapkan tahniah atas jemputan tersebut. Beliau sendiri telah menyediakan sebuah kios khas buat warga bekas anggota 17RAMD (Para) agar tidak menganggu acara lain dari pertemuan yang diatur. Disini lah keriuhan berkumandang setiap kali ada tetamu baru dari warga bekas anggota hinggakan tidak berkesempatan bertanya khabar dengan lebih lama.
Dalam pertemuan ini, seorang bekas Pegawai Memerintah dari pasukan (Lt Kol (B) Mislan bin Saiman) turut hadir bagi memeriah pertemuan bersama bekas anggota bawahan nya dan beliau juga amat mengenali saudara Sarman bin Haji Kadir selama ini. Lantaran yang paling mencuri tumpuan adalah kehadiran seorang ahli dari Persatuan Kebajikan 17RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 1045589 saudara Zaliee bin Zainal (No Ahli 111) kerana kehadiran nya pada kali ini adalah sebagai seorang yang kurang upaya (OKU). Sungguhpun beliau tidak dapat melihat tapi dari pendengaran beliau amat lah dikagumi kerana apabila seseorang sahabatnya bertanya khabar, beliau jelas dapat meneka siapa gerangan yang sedang berbicara dengan nya.
Disini saya mengambil kesempatan mewakili Persatuan Kebajikan 17RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Sarman kerana sudi mengadakan program sebegini walaupun dalam masa yang sama beliau mengadakan majlis pernikan anak beliau. Tahniah dari kami Ahli Jawatankuasa Pusat hingga kita bertemu semula dilain masa insallah.
Saturday, 31 March 2012
ISTERI BEKAS TENTERA MENDAPAT PERHATIAN PERSATUAN
Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (PERKEV17) berkesempatan melawat salah seorang isteri bekas anggota tentera, Che Nolia bte Osman 53 tahun isteri kepada Ahmad bin Osman 62 tahun lumpuh akibat serangan angin ahmar. Dengan keperhatinan yang dilapurkan oleh ahli persatuan ini kepada beliau, beliau telah menghubungi barisan AJK Persatuan. Sekumpulan AJK berserta ahli ahli persatuan yang di ketuai Timbalan Pengerusi Persatuan En Khalid bin Othman telah berkenan menyampaikan kerusi roda sebagai sumbangan persatuan kepada ahli buat keperluan isteri beliau.
Sejajar dengan harsat persatuan ini agar setiap dari ahli ahli persatuan harus lah dibantu dengan pelbagai cara agar dapat meringan beban yang ditanggung serta dapat dikongsikan bersama oleh ahli ahli yang lain. Begini lah perjuangan yang diikrarkan oleh ahli ahli maupun AJK Persatuan sendiri khasnya setelah ianya diwujudkan.
Wednesday, 28 March 2012
Mesyuarat AJK di Balik Pulau, Pulau Pinang
Kursus Pengurusan Pertubuhan di Merdeka Beach Resort, Kedah
KURSUS PENGURUSAN PERTUBUHAN
Kunjungan 2 hala antara Persatuan dan Rejimen ke- 17(Kem Terendak, Melaka)
Lawatan serta perbincangan dua hala antara Persatuan dan Pasukan Ke17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (Para) pada 27 Jan 2012 bermula bertempat di Pasukan Ke17 Rejimen Askar Melayu DiRaja (Para) Kem Terendak Melaka.
VETERAN 17 RAMD
MISI
Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.
VISI
Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.
PENUTUP
Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan