Sunday, 6 May 2012
INSURAN BERKELOMPOK
Saturday, 5 May 2012
PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)
Adalah dimaklumkan kepada semua ahli ahli Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 yang berkhidmat sebelum tahun 1990 adalah layak dikurniakan Pingat Jasa Malaysia (PJM). Tuan tuan boleh lah mendapatkan borang permohonan melalui JHEV yang berhampiran atau laman web JHEV untuk permohonan. Kelayakan seseorang ahli juga tidak hanya untuk kepada persara sahaja malah boleh di mohon oleh warga anggota yang tidak bersara dan tidak lupa juga pada balu balu warga bekas anggota.
Sila penuhi syarat yang ditetapkan oleh JHEV seperti yang tertera di borang permohonan dan sertakan segala maklumat yang dikehendaki. Permohonan hendak lah di hantar ke Setiausaha Persatuan untuk semakan, dan insallah Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 akan mengadakan satu program khas buat penerima pingat ini yang akan ditetapkan pada tarikh yang dipersetujui oleh JHEV.
Borang permohonan boleh di muat turun di lama web JHEV dan pastikan salinan Buku Perkhidmatan (BAT D 92) disertakan semasa menghantar permohonan untuk pengesahan sebelum di majukan ke peringkat Ibupejabat JHEV.
KUTIPAN SEMPENA DERMA RAYUAN HARI PAHLAWAN
Adalah dipelawa kepada ahli ahli persatuan ini untuk melaksanakan program anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) mulai bulan Jun 2012. Oleh kerana Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malayisa) PERKEV17 telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, persatuan layak untuk turut sama menjayakan program disamping menikmati hasilnya dengan kadar yang akan di tetapkan oleh JHEV selepas berakhir program tersebut.
Dengan program sebegini lah tak secara langsung persatuan akan memperolehi tambahan tabung kewangan serta dapat melaksanakan program program anjuran persatuan selain dari menjaga kebajikan pada setiap ahli yang memerlukan pembelaan. Dari hasil perbincangan serta taklimat khas saya kepada pegawai di Ibupejabat JHEV (Kuala Lumpur) baru baru ini, saya juga telah membekalkan satu set biodata persatuan serta aktiviti aktiviti dan perancangan persatuan sepanjang tahun 2012 sebagai makluman JHEV.
Alhamdulillah dari maklumbalas pegawai tersebut kepada saya, JHEV akan menyokong sepenuh nya harsat Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 ini malah menyarankan agar sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti aktiviti JHEV dari masa kesemasa. Satu surat iringan juga akan dikeluarkan oleh JHEV (Unit Kebajikan) sebagai pengesahan bahawa Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 telah berdaftar dengan JHEV.
Akan ada suatu taklimat khas oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan pada awal Jun 2012 kepada ahli ahli yang berminat untuk menjalankan program ini selain surat kebenaran dari JHEV serta maklumat maklumat yang berkaitan dibekalkan. Tuan tuan boleh lah berhubung kepada saya (Pegawai Perhubungan Persatuan) untuk keterangan lanjut.
Friday, 4 May 2012
KELAYAKAN SESEORANG BEKAS WARGA ATM MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
Seseorang warga bekas anggota ATM layak memohon mendapatkan perkhidmatan pengangkutan ini andai berlaku kecemasan khususnya untuk mendapatkan rawatan umpamanya. Baru baru ini saya ada bertanya kepada pegawai tinggi ATM perihal kelayakan ini sebenarnya. Pegawai tinggi yang bergelar Dato' ini menjelaskan pada saya, memang layak malah beliau menyarankan berhubung lah terus kepada yang berkenaan berhampiran tuan tuan untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan seperti yang diperlukan.
Saya contohkan kelayakan ini, andai kita memerlukan rawatan susulan penyakit yang kita hadapi hingga keperingkat pakar, kita harus lah berhubung terlebih dulu dengan Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) yang berhampiran. Disana pihak RSAT akan membuat pemeriksaan terlebih dulu dari apa yang kita alami. RSAT juga boleh mencadangkan agar rawatan lanjut dibuat jika perlu. Nah! disini lah perkhidmatan pengangkutan yang kita pohon tadi tak secara langsung beroleh kelulusan.
Wednesday, 2 May 2012
PERSATUAN KEHILANGAN SEORANG AHLI YANG DIKENALI
Terima kasih juga dari saya kepada AJK Johor (saudara Abu bin Ahmad) kerana telah memaklumkan perkara ini kepada saya dan ahli ahli persatuan yang lain akan berita sedih ini. Sempat juga saya menghubungi balu mengucapkan takziah sebagai mewakili AJK Persatuan dan ahli ahli.
Rasanya ramai dikalangan ahli persatuan mengenali allahyarham saudara Ismail bin Siran semasa dalam perkhidmatan dulu khas nya di unit Rintih Serang. Moga roh nya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin.....
BALU YANG DICARI TELAH DITEMUKAN
Sebelum pertemuan ini juga, AJK Persatuan (Abdullah Zawawi) telah pergi ke JRP (KEMENTAH) sebagai mendapat maklumat perihal allahyarham saudara Sazali bin Rahmat. Oleh kerana ketiadaan maklumat lengkap maka atas saranan JRP, beliau telah berhubung dengan saya, so saya bawa perkara itu ke pengetahuan Puan Normah. Syukur, dari maklumat yang diperlukan serta apa yang harus dilaksanakan telah di maklumkan pada beliau.
Banyak juga nasihat serta pandangan saya buat keluarga ini khasnya Puan Normah sendiri, agar bersabar dengan ketentuan nya dan sebagai ketua keluarga beliau harus tabah mengharungi cabaran malah sentiasa perhatin dengan maklumat maklumat yang sepetutnya beliau terima selepas bergelar balu kepada warga bekas anggota ATM.
Pada Mesyuarat AJK nanti di Lumut, saya juga akan mencadangkan agar balu balu dari warga bekas anggota Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) secara automatik akan menjadi ahli kepada Persatuan Kebajikan 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 tanpa perlu membuat sebarang pembayaran yuran keahlian.
Monday, 2 April 2012
Ahli persatuan negeri Johor bertemu semula di Pekan Nenas, Pontian
Dari aturcara yang disediakan seawal jam 1100 pagi dan berakhir pada jam 1700 petang, tidak putus putus kenalan sahabat handai beliau serta dari warga bekas anggota 17RAMD (Para) sendiri telah menziarah sambil bertanya khabar mengucapkan tahniah atas jemputan tersebut. Beliau sendiri telah menyediakan sebuah kios khas buat warga bekas anggota 17RAMD (Para) agar tidak menganggu acara lain dari pertemuan yang diatur. Disini lah keriuhan berkumandang setiap kali ada tetamu baru dari warga bekas anggota hinggakan tidak berkesempatan bertanya khabar dengan lebih lama.
Dalam pertemuan ini, seorang bekas Pegawai Memerintah dari pasukan (Lt Kol (B) Mislan bin Saiman) turut hadir bagi memeriah pertemuan bersama bekas anggota bawahan nya dan beliau juga amat mengenali saudara Sarman bin Haji Kadir selama ini. Lantaran yang paling mencuri tumpuan adalah kehadiran seorang ahli dari Persatuan Kebajikan 17RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 1045589 saudara Zaliee bin Zainal (No Ahli 111) kerana kehadiran nya pada kali ini adalah sebagai seorang yang kurang upaya (OKU). Sungguhpun beliau tidak dapat melihat tapi dari pendengaran beliau amat lah dikagumi kerana apabila seseorang sahabatnya bertanya khabar, beliau jelas dapat meneka siapa gerangan yang sedang berbicara dengan nya.
Disini saya mengambil kesempatan mewakili Persatuan Kebajikan 17RAMD (Para Malaysia) PERKEV17 mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Sarman kerana sudi mengadakan program sebegini walaupun dalam masa yang sama beliau mengadakan majlis pernikan anak beliau. Tahniah dari kami Ahli Jawatankuasa Pusat hingga kita bertemu semula dilain masa insallah.
VETERAN 17 RAMD
MISI
Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.
VISI
Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.
PENUTUP
Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan