Wednesday, 30 May 2012
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KEDUA
Kepada ahli2 persatuan yang berhampiran khususnya dari negeri Perak, boleh bertemu (ukhwah) seandai berkesempatan selepas mesyuarat nanti pada 23 Jun 2012. Didalam pada itu buat ahli2 baru juga dijemput mendaftar andai sebelum ini tidak bersempatan untuk mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan. Insallah saya sendiri akan memberi sedikit talimat tentang perjalanan persatuan buat ahli kepada yang hadir andai diperlukan. Sila hebahkan maklumat ini.
NOTA: Ahli tidak dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat pada 22 JUN 2012
VETERAN 17 RAMD
MISI
Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.
VISI
Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.
PENUTUP
Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan