Thursday 24 May 2012

SENARAI PENYUMBANG

Insallah sedikit masa lagi saya akan buatkan satu slot senarai penyumbang kepada persatuan ini sebagai tatapan ahli ahli persatuan. Selepas tertubuhnya Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) PERKEV17 melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta memperkenalkan perjalanan persatuan ini kepada yang berkenaan, saya ada juga menerima panggilan melalui talipon bahawa akan menerima sumbangan sumbangan dari NGO maupun daripada pihak ATM khususnya.


Terbaru, (semalam) bersamaan 24 Mei 2012, saya menerima panggilan dari Markas 3 Div untuk menyampaikan sumbangan dalam sedikit masa lagi. Moga dengan sumbangan tersebut dapat lah persatuan ini bergerak serta  membantu kepada ahli ahli yang memerlukan bantuan. Terima kasih juga dari saya sebagai Pegawai Perhubungan Awam Persatuan kepada yang sudi menyumbang kepada persatuan ini.


Kepada penyumbang penyumbang, tuan tuan boleh lah menghubungi saya terlebih dahulu atau mana mana Ahli Majlis Tertinggi Persatuan sebagai memperkenalkan diri agar proses sumbangan dapat dilaksanakan dengan betul. Sumbangan boleh disalurkan ke akuan persatuan dan nombor akaun persatuan ada di slot SENARAI AHLI.

VETERAN 17 RAMD


MISI


Misi utama Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) adalah untuk menjaga kebajikan sesama ahli selain merapatkan silatulrahim bersama keluarga yangmana selama ini berpisah tanpa berita setelah menamatkan perkhidmatan maupun warga anggota ATM 17RAMD (para) yang masih berkhidmat kerana ahli persatuan juga adalah sebahagian dari anda sebelumnya. Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) juga akan bergerak untuk menjejaki setiap warga bekas anggota 17RAMD (para) dari masa ke semasa untuk menambah bilangan ahli disamping dapat dikongsikan bersama susah dan senang serta suka dan duka sebagaimana berkhidmat di ATM dulu.


VISI


Bagi mencapai hasrat serta perancangan yang teliti oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan, persatuan akan cuba melaksanakan apa yang dirancang mengikut peruntukan perlembagaan diatas persetujuan ahli ahli jawatankuasa yang lain. Sudah semestinya setiap ahli mengkehendaki sesuatu (pulangan) bila terlibat dengan berpersatuan apatah lagi bila melibatkan soal kebajikan ahli dan pulangan yang diperolehi persatuan sedia untuk dinikmati bersama tanpa mengira kedudukan seseorang ahli.


PENUTUP


Dengan ikrar yang telah di meterai pada penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia), sekali lagi Persatuan Kebajikan Veteran 17RAMD (para Malaysia) mengalu alukan kehadiran kalian yang pernah berkhidmat bersama pasukan Rejimen Ke17 Askar Melayu DiRaja (para) menyertai persatuan agar persatuan ini tidak terlepas pandang dari perkhidmatan yang disediakan